Bunga dahlia adalah sejenis bunga yang sangat cantik yang berasal dari
Mexico. Nama
dahlia itu berasal daripada nama seorang pakar botani Sweden yang bernama
Anders Dahl.
|
Dahlia Kuning Oren |
Bunga ini mempunyai lebih daripada 30 spesis yang beraneka rupa dan warna. Antara spesis yang terkenal ialah
Dahlia 'Adelaide Fontane', Dahlia 'Appleblossom', Dahlia 'Arabian Night', Dahlia 'Art Deco' dan
Dahlia 'Aurora's Kiss'.
Di Malaysia, bunga ini hidup subur di kawasan-kawasan tanah tinggi seperti
Cameron Highlands. Spesis yang biasa ditanam di negara kita ini ialah
Dahlia coccine dan
Dahlia juarezii.
|
Dahlia Merah Jambu |
Bunga ini dibiakkan melalui ubi dan keratan batang tetapi lebih mudah
tumbuh melalui ubi. Ada juga spesis yang membiak melalui biji benih.
Biasanya selepas habis berbunga, pokok bunga ini akan mati meninggalkan
ubi-ubi di dalam tanah. Korek dan keluarkan ubi-ubi itu dan bersihkan
dengan air. Selepas itu, semburkan racun kulat ke atasnya dan jemur
selama beberapa hari. Setelah betul-betul kering, bolehlah ditanam
semula sama ada di dalam pasu atau di atas tanah.
|
Dahlia Putih |
Dahlia memerlukan tanah yang lembap tetapi tidak menakung air. Baja
kimia yang boleh digunakan ialah dari jenis NPK. Cahaya matahari juga
mestilah banyak iaitu sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk mendapatkan
bunga-bunga yang cantik warnanya. Semasa mula berbunga, pokok dahlia
perlu dicantas pada bahagian pucuk-pucuknya.
|
Dahlia Ungu |
Tumbuhan ini sangat digemari oleh siput babi dan ulat beluncas. Oleh itu
pastikan taman bunga anda tidak dihuni oleh haiwan-haiwan ini. Selain
itu, pokok bunga dahlia ini mudah dijangkiti kulat. Gunakan racun kulat
untuk mengatasi masalah ini.
|
Dahlia Pompom |
|
Dahlia Calit |
|
Dahlia Kuning |
|
Dahlia Purple White |
|
Dahlia Magenta |
0 komentar: